Posts Tagged ‘ UMNO ’

Tahan Shahrir Samad dalam ISA, segera!

October 26, 2008 by mudin001 3 Comments

The Star (bukan Malaysiakini) melaporkan Shahrir Samad menerima ancaman melalui SMS.

Shahrir, who is Johor Baru Umno division chief, explained that the sender told him to nominate two so-called running mates for the party’s top posts or face the consequences.

“The message told me to support the so-called running mates.

“If both of them do not win, the Johor Baru division will not be supported and subsequently shunned,” he told pressmen Sunday after launching the division meeting here.

Mungkin Shahrir boleh memohon untuk mendapat skim perlindungan ISA dari Hamid Albar. Atau, Hamid, selaku menteri yang bertanggung jawab, bolehlah terus menahan Shahrir untuk menjamin keselamatannya. Nasib baiklah hanya Shahrir yang diancam, kalau keluarganya juga terancam, mungkin Khalid Samad juga terpaksa diISAkan?

Kata Shahrir lagi:

“I am deeply saddened over such actions as it does not symbolise the Malay and Umno traditions that are filled with courtesy and manners,” he said.

Hahaha. Ini satu lawak antarabangsa yang boleh mengalahkan lawak Nabil. Mungkin Shahrir tidak perlu diISAkan, untuk memberi peluang kepada beliau menyertai uji bakat Raja Lawak musim yang akan datang?

Courtesy dan manners apakah yang menjadi budaya UMNO?

Courtesy Adnan Yaakob?

Courtesy Adnan Yaakob?

Manners Khairy Jamaluddin?

Manners Khairy Jamaluddin?

Atau courtesy dan manners pemuda-pemuda ini?

Atau courtesy dan manners pemuda-pemuda ini?

Sudahlah. Tidak perlulah cuba menegakkan benang yang basah. Semua orang tahu betapa bangsatnya parti UMNO itu. Kalau sudah terberak dalam seluar, adalah lebih baik cepat-cepat pergi membasuh berak dan menukar seluar. Dari terus mahu mempertahankan diri yang telah busuk sebagai tidak busuk.

Wassalam.

Kecek-kecek ringkas (23/10/08)

October 23, 2008 by mudin001 4 Comments

Semalam tidur awal. Penat. Pagi ini kecek-kecek sikit saja:

1. YB J, opss… YB T memberi sumbangan kepada PASTI? Kalau begitu, aku doakan beliau menang semua saman-samannya. Jadi jutawan nanti, banyak lagilah dapat disumbangkan. Tak gitu?

2. Sebut pasal YB J, opss… YB T dan saman, sila baca juga: Di negara ini, kebebasan berkarya tidak diadili seperti kebebasan bersuara

3. Tukar Tiub masuk tender Rais + Shahidan, RM 1.35. Kecek-kecek Tok Mudin 3.0 tawarkan tiga amah. Kalau tak tahu tiga amah tu banyak mana, sila tanya abe Said Mirro atau Pakchik.

Terkejut

October 21, 2008 by mudin001 5 Comments

Che Det membidas:

Saya terkejut apabila Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi membuat kenyataan bahawa sebagai seorang yang bukan ahli UMNO saya tidak berhak memberi pandangan saya terhadap apa yang sedang berlaku dalam UMNO.

Aku terkejut Mahathir terkejut. :)

Tapi aku tidak tahu mahu terkejut atau tidak, apabila Puteri UMNO boleh dibeli di jualan murah sekitar RM20 hingga RM150 sahaja. Erk… adakah terkejut itu satu pilihan?

Tidurlah sajalah. Kalau terkejut tengah malam nanti, boleh bangun tengok Champions League. Opss… qiamullail lah!